• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kevin Tidak Siasat Kes 1MDB – Peguam Negara

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Pendakwaraya, Kevin Anthony Morais yang hilang sejak Jumaat lalu tidak terlibat dalam sebarang siasatan membabitkan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) seperti dihebahkan ramai pihak di media sosial.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Kevin dipindahkan semula ke Jabatan Peguam Negara daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa 15 Julai 2014.

“Dia kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara.

“Oleh itu diperjelaskan bahawa Morais (Kevin) tidak terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang berkaitan dengan 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Mohamed Apandi berkata, Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak tidak membuat dan menyebarkan sebarang spekulasi mengenai punca kehilangan Kevin sejak Jumaat lalu.

Malah, kata beliau, semua rakan sekerja Kevin di Jabatan Peguam Negara turut berkongsi keresahan seperti ahli keluarga Kevin berikutan kehilangannya.

“Ingatan dan doa kami bersama mereka pada waktu ini. Jabatan Peguam Negara sedang memberi kerjasama penuh kepada polis yang sedang melakukan siasatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Kevin sebelum ini berkhidmat di SPRM sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan sebelum dipindahkan semula ke Jabatan Peguam Negara.

Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBPeguam Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengimbau kejayaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional...

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd