• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Aksi ‘Spiderman’ Panjat Kereta Polis Di Kuala Terengganu

oleh AK-47
13/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

GELAGAT seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman berdiri di atas sebuah kereta polis di Kuala Terengganu telah menarik perhatian ramai.

Kejadian yang berlaku di Jalan Budiman, kira-kira jam 7.20 pagi itu menyebabkan jalan yang terletak berhampiran dengan SK Seri Budiman dan SMKA Sheikh Abdul Malek sesak akibat orang ramai terutamanya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berhenti untuk melihat kejadian ini.

Memetik laporan portal Malaysian Digest, seorang saksi memberitahu lelaki tersebut yang dipercayai berasal dari kampung berhampiran sebelum itu dilihat bermain di bahu jalan di hadapan pintu pagar SK Seri Budiman.

“Bagaimanapun, tindakan agresif lelaki terbabit yang  menyepak kon di tepi jalan hingga ada yang terkena penunggang motosikal telah timbulkan kekecohan.


Aksi ‘spiderman’ panjat kereta polis di Terengganu oleh mynewshub

“Orang ramai yang jadi mangsa keadaan apabila kon yang disepak terkena kenderaan mereka cuba belasah lelaki itu, mungkin mereka tak sangka dia tak siuman.

“Tapi.. situasi tegang itu berjaya diredakan oleh beberapa orang yang ada di lokasi sebelum bertindak menghubungi pihak polis untuk bantuan,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Bapa kepada lelaki tersebut dikatakan tiba ke tempat kejadian selepas dimaklumkan orang ramai di mana beliau cuba memujuk anaknya itu sebelum terpaksa meminta bantuan mantan Pegawai Pembangunan Dun Batu Buruk, Datuk Che Mat Jusoh.

“Bapanya terpaksa pergi ke rumah Datuk Che Mat untuk minta bantuan kerana anaknya memaklumkan yang dia hanya akan balik ke rumah dengan menaiki kereta Datuk Che Mat,” katanya.

Sementara itu, Datuk Che Mat ketika dihubungi mengesahkan hal ini di mana beliau mengakui lelaki berkenaan adalah jirannya dan mereka telah berbual dua hari sebelumnya selepas pulang solat dari Masjid Kampung Nibong, di sini.

“Saya kenal dia dan keluarganya kerana kami berjiran, saya tahu dia memang ada masalah mental, cuma sebelum ini dia tak pernah ganggu ketenteraman awam.

“Jadi, tadi (semalam) sebaik dapat tahu yang dia di luar kawalan hingga ganggu orang awam di situ, saya terus ke lokasi untuk memujuknya, lebih-lebih lagi bapanya memaklumkan yang dia hanya akan balik ke rumah dengan saya.

“Alhamdulillah, dia akur dengan arahan saya meskipun pada mulanya dia bertindak agresif dengan memanjat bumbung kereta saya dan membuat aksi ala ‘Spiderman’ tapi akhirnya setelah dipujuk dia turun dan terus masuk dalam kereta,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: orang gilaTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Saya Mahu USD1 Bilion Dan ‘Wanita Paling Cantik’ Untuk Jadi Bini Saya

Saya Mahu USD1 Bilion Dan ‘Wanita Paling Cantik’ Untuk Jadi Bini Saya

12/04/2026
0

KAMPALA – Ketua Angkatan Pertahanan Uganda, Muhoozi Kainerugaba, mencetuskan kontroversi antarabangsa apabila didakwa membuat tuntutan luar biasa terhadap Turkey, termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd