• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Lesen Tangkap Ikan Laut Dalam Diperketat

oleh Ahmad Albab
06/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Syarat bagi pengeluaran lesen untuk penangkapan ikan laut dalam akan diperketat bagi menyekat lesen daripada dialibabakan kepada pemilik kapal nelayan asing, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, tindakan pengusaha tempatan mengalibabakan lesen mereka merupakan isu nasional yang perlu ditangani secara serius bagi mengelak hasil tangkapan di perairan negara dijual di tengah laut dan dibawa ke negara luar.

Sambil menyifatkannya sebagai rompakan hasil negara, beliau meminta Jabatan Perikanan untuk mengetatkan syarat pengeluaran lesen baharu.

“Kalau lesen yang dikeluarkan itu digunakan oleh orang lain untuk menangkap ikan di lautan negara tetapi menjualnya di tengah laut kepada kapal induk yang membawa ikan kita keluar ke negara luar, ini bagi saya merupakan satu kaedah membenarkan rompakan terhadap hasil laut kita dengan cara yang begitu mudah sekali,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan cawangan Agro Bank Samarahan di sini hari ini.

“Kita perlu lebih tegas dalam menangani isu ini kerana ada kemungkinan pengusaha tempatan yang diberi lesen tangkapan ikan laut dalam berpakat dengan kapal-kapal asing untuk menjual hasil tangakapan mereka di tengah laut dan kemudian dibawa ke negara lain,” tambahnya.

Ahmad Shabery berkata, tindakan penguatkuasaan agak terhad disebabkan kawasan perairan negara yang begitu luas serta kekurangan aset seperti bot peronda.

Katanya, setakat ini Jabatan Perikanan hanya bergantung kepada agensi lain untuk tugasan penguatkuasaan.

Mengenai kekurangan aktiviti pendaratan ikan di Pelabuhan Tanjung Manis, beliau berkata perkara itu akan dibawa berbincang dengan Ketua Meteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata, antara kaedah yang mungkin digunakan bagi memastikan ikan didaratkan di pelabuhan itu ialah meletakkan syarat semasa lesen dikeluarkan dengan mewajibkan hasil tangkapan didaratkan di pelabuhan berkenaan.

Sementara itu, beliau yang baru dilantik ke portpolio itu dalam rombakan Kabinet bulan lepas berkata adalah terlalu awal untuknya menggariskan dasar baru berkaitan pertanian dan asas tani.

Ahmad Shabery berkata, beliau mahu melihat dasar agro makanan nasional yang sedia ada dan memerlukan perbincangan dan penelitian yang mendalam.

Bagaimanapun, katanya Malaysia perlu meningkatkan pengeluaran komoditi makanan bagi mengurangkan import terutama ketika kenaikan nilai mata wang dolar Amerika ketika ini.

“Kenaikan nilai dolar sudah tentu memberi kesan kepada harga barang makanan kita kerana kita masih banyak bergantung kepada barangan makanan yang diimport,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia perlu meningkatkan pengeluaran daging dan input pertanian lain agar ia boleh mengurangkan import makanan di masa akan datang serta memberi fokus kepada hasil yang boleh dieksport. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd