• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ong Kim Swee: Lupakan Kekalahan 10-0, Fokus Jumpa Arab Saudi

oleh AK-47
07/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

EKORAN kekalahan memalukan dibelasah 10-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), ketua jurulatih sementara pasukan Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee meminta pemain kembali fokus untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi dalam perlawanan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Asia menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

“Bagi saya, kita tidak boleh terlalu memikirkan kekalahan itu kerana ia tidak akan mengubah apa-apa. Yang penting, kita kembali fokus.

“Persiapan kita kini lebih kepada psikologi di mana bukan mudah untuk menerima keadaan seperti ini. Saya percaya pemain kita mempunyai kekuatan mental yang menunjukkan personaliti masing-masing dan ini yang saya mahu lihat apabila menentang Arab Saudi nanti,” katanya.

Untuk perlawanan Selasa ini, Kim Swee telah memanggil lima pemain baharu untuk memperkuatkan skuad di bawah bimbingannya itu.

Mereka ialah dua pemain skuad Harimau Muda B (B-22) iaitu Ramadhan Hamid dan Adam Nor Azlin, selain Mohd Fadhli Shas (Johor Darul Takzim), Ahmad Fakri Saarani (Kelantan) dan pemain tengah Perak, Nurridzuan Abu Hassan.

Enam pemain sedia ada bakal digugurkan oleh Kim Swee bagi melengkapkan senarai 23 pemain menentang Arab Saudi.

Malaysia kekal di tangga tercorot Kumpulan A selepas mencatat satu keputusan seri dan dua kekalahan pada aksi sebelum ini.

Susulan kekalahan mengaibkan itu, bekas jurulatih pasukan kebangsaan negara, Dollah Salleh meletak jawatan pada Jumaat lalu dan tempatnya diisi oleh Kim Swee yang dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggalas tugas penting itu. – MYNEWSHUB.CC

UAE vs Malaysia 10 – 0 | World Cup AFC Qualification 2015 (Group A)

https://www.youtube.com/watch?v=1aQ6BQobZ6E

Tags: bola sepakHarimau MalayaOng Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd