• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Harapan Dunia Menang Filem Terbaik FFM 27

oleh AK-47
11/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

FILEM Lelaki Harapan Dunia yang diarahkan Siew Seng Tat diumumkan sebagai Filem Terbaik pada malam Anugerah Perdana, Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) yang berlangsung di Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur semalam.

Seng Tat turut mengondol trofi Pengarah Terbaik menerusi naskhah yang sama sementara pelakon cilik Rayqal Iskandar yang mempamerkan aksi cemerlang dalam filem itu berjaya meraih anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.

Trofi yang menjadi idaman semua pelakon iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik pula berjaya dimenangi pelakon lelaki utama filem The Journey, Lee Sai Peng dan pelakon cantik manis Nur Fazura menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

fazura

Amirul Affendi dan Nadiya Nisaa yang mempamerkan lakonan terbaik menerusi filem arahan Nik Amir, Terbaik Dari Langit pula dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik.

Bagi anugerah khas Karyawan Sepanjang Zaman, trofi tersebut pada tahun ini didedikasikan kepada pengarah Othman Hafsham.

Para pemenang menerima trofi bersalut emas sumbangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) bagi menggantikan hadiah wang tunai yang diterima pada edisi FFM sebelum ini.

Majlis anugerah yang setaraf Anugerah Akademi di Hollywood itu dihoskan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad. – MYNEWSHUB.CC

Berikut merupakan senarai penuh pemenang FFM 27:

1. Filem Terbaik : Lelaki Harapan Dunia

2. Pengarah Terbaik : Siew Seng Tat -Lelaki Harapan Dunia

3. Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu : The Journey

4. Pelakon Lelaki Terbaik : Lee Sai Peng – The Journey

5. Pelakon Wanita Terbaik : Nur Fazura – Manisnya Cinta Di Cappadocia

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Amirul Affendi -Terbaik Dari Langit

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Nadiya Nisaa – Terbaik Dari Langit

8.  Pelakon Harapan Lelaki : Kodi Rasheed – Ophilia

9. Pelakon Harapan Wanita : Dawn Cheong – Cuak

10. Pengarah Harapan : Raja Mukhriz – Ophilia

11. Lakon Layar Terbaik : Mamat Khalid – Amir & Loqman Pergi Ke Laut

12. Cerita Asal Terbaik :  Siew Seng Tat -Lelaki Harapan Dunia

13. Pelakon Kanak Kanak Terbaik :  Rayqal Iskandar – Lelaki Harapan Dunia

14. Sinematografi Terbaik : Eric Yeong – The Journey

15. Penyunting Terbaik : Adilan Azemi – Dollah Superstar

16. Filem Box Office : The Journey

17. Karyawan Sepanjang Zaman : Othman Hafsham

18. Anugerah Khas Juri 1 : The Great Lion

19. Anugerah Khas Juri 2 : Amir & Loqman Pergi Ke Laut

20. Anugerah Khas Juri 3 : Terbaik Dari Langit

Lelaki Harapan Dunia Official Trailer

Tags: AnugerahFILEMmyArtisselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd