• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bai’ah PAS Langgar Syariah Islam! – PKR

oleh Ahmad Albab
06/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan PAS telah melanggar prinsip syariah Islam apabila mengenakan bai’ah ke atas pemimpin parti itu yang menjadi calon pada pilihan raya umum lalu.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Mohd Nor Manuty berkata, amalan menjadikan lafaz taklik perceraian dalam politik adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip syariah Islam.

“Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR amat dukacita dengan perkembangan isu bai’ah talak yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

“Ia membawa mudarat kepada kerukunan rumah tangga kerana melibatkan perceraian dan keruntuhan institusi keluarga. Keharmonian keluarga tidak wajar dijadikan taruhan untuk survival mana-mana parti politik,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Mohd Nor berkata, perbuatan PAS tersebut juga bertentangan dengan ajaran Islam yang amat memberi perhatian dalam soal pemeliharaan martabat dan kehormatan wanita.

Malah, katanya, ramai tokoh agama menyelar perbuatan PAS itu kerana amalan bai’ah yang bertaklik seperti itu dianggap tidak wajar, haram dan bersifat ‘takfiri’ serta boleh menjadi fitnah besar ke atas Islam di seluruh dunia.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam berkata, bekas pemimpin itu yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN) tidak boleh terlepas daripada bai’ah yang dilafazkan mereka walaupun dengan melakukan kafarah.

Ia ekoran dalam bai’ah tersebut, setiap wakil rakyat PAS yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Bekas pemimpin-pemimpin PAS yang menyertai PAN terbabit bagaimanapun tidak mengambil peduli mengenai perkara itu sebaliknya menegaskan akan terus kekal bersama isteri.

Salah seorang mereka yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menganggap cara beliau menguruskan isu baiah adalah urusannya dengan Allah dan meminta pemimpin PAS tidak masuk campur.

Khalid turut meraikan lebih 40 penduduk dari kawasan parlimen Shah Alam dengan hidangan kari kambing, ayam masak merah, acar timun dan teh tarik, selain sumbangan wang tunai.

Ia kononnya adalah bentuk kafarah (tebus sumpah) yang dilakukan Abdul Khalid kerana melanggar baiah yang diucapkan sebelum menjadi calon pilihan raya PAS sebelum ini. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/UR1aD_LDY_E

Tags: Bai'ah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Akan Teruskan Amalan Bai’ah – Nik Abduh

14/09/2015
0

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan bekas pemimpin parti itu yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN) akan dihina Allah S.W.T kerana...

Bai’ah PAS Cuma Cerai Talak Satu – PAN

08/09/2015
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin PAS yang keluar parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (PAN) hanya menceraikan isteri mereka dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd