Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Wajah Pencuri Terakam CCTV...

PETALING JAYA - Tindakan seorang lelaki yang tergamak mencuri barangan milik para jemaah...

Sabah Puas Hati Prestasi...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri amat menghargai dan berpuas hati dengan prestasi serta...

Anak Mangsa Kemalangan Di...

ALOR SETAR - Seorang anak pasangan guru yang maut di Alor Punti, Pendang,...

Tiada Kenaikan Automatik Kadar...

KUALA LUMPUR - Tiada kenaikan secara automatik kadar tol untuk PLUS Highways kerana...

Bai’ah PAS Cuma Cerai Talak Satu – PAN

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin PAS yang keluar parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (PAN) hanya menceraikan isteri mereka dengan talak satu.

Ketua Wanitanya, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, perkara itu terkandung dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas “Talak tiga sekali gus adalah berlaku satu talak”.

“Enakmen Keluarga Islam yang terpakai oleh Mahkamah Syariah di seluruh negara termasuk perihal mentalakkan isteri dengan tiga talak sekali gus, hukumnya hanya jatuh satu talak sahaja.

“Ia juga adalah selari dengan satu hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Siti Mariah menasihati pihak-pihak yang sangat ghairah untuk mengesahkan keruntuhan rumah tangga bekas pemimpin PAS terbabit supaya berpandukan Enakmen Keluarga Islam berkenaan,

Katanya, PAN turut mendesak majlis fatwa negara segera bersidang dan memberikan penegasan terhadap hukum hakam perkara itu supaya tidak terus dipolemikkan.


“Islam sewajarnya dilihat upaya menyelesaikan masalah ummah bukannya menjadi pencetus masalah dalam kalangan ummah,” katanya.

Beliau turut menyelar Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan kerana didakwa membuat “pre judgement” terhadap isu itu sebelum kes terbabit dirujuk ke hadapannya.

“Ia adalah suatu yang amat malang, apatah lagi pada ketika kerajaan Kelantan sendiri sedang usaha mempromosikan pelaksanaan Hudud dan seterusnya keadilan undang-undang Islam,” sindirnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori