• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Punyai Prerogatif Untuk Adakan Pilihan Raya – Salleh

oleh Ahmad Albab
05/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Sabtu mengetepikan salah anggapan tentang kuasa rakyat untuk mengadakan pilihan raya dengan berkata prerogatif untuk memanggil pilihan raya sentiasa terletak pada perdana menteri.

Beliau berkata sama ada kerajaan sekarang kekal memerintah sehingga pertengahan 2018 atau berakhir hari ini adalah terletak sepenuhnya pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Salah anggapan yang ditimbulkan ialah ‘kuasa rakyat’ akan menentukan. Kuasa rakyat boleh menentukan siapa yang dapat mandat untuk membentuk kerajaan melalui peti undi.

“Tetapi kuasa rakyat tidak menentukan bila kerajaan berundur. Perdana Menteri menentukannya dan sebarang tindakan bertentangan dengannya dianggap sebagai ‘rampasan kuasa’,” katanya dalam blog beliau sskeruak.blogspot.com.

Menteri itu berkata dalam sistem kerajaan Westminster, perdana menteri mempunyai prerogatif tentang bila untuk mengadakan pilihan raya yang baharu.

Salleh berkata jika perdana menteri tidak membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya baharu diadakan, maka parlimen secara automatik bubar lima tahun dari bermulanya penggal Parlimen dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh dua bulan.

Beliau berkata sesi pertama Parlimen boleh diadakan dalam tempoh enam bulan selepas kerajaan baharu dibentuk.

“Dalam erti kata lain, sesi pertama Parlimen boleh diadakan enam bulan selepas pilihan raya walaupun pilihan raya perlu diadakan lima tahun dan dua bulan selepas itu.

“Justeru, perdana menteri boleh memerintah selama lima tahun dan tujuh bulan atau beliau boleh memendekkan penggalnya dan memanggil pilihan raya selepas hanya, katakanlah tiga tahun,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa empat pilihan raya umum pertama selepas Merdeka diadakan dalam tempoh lima tahun dan empat pilihan raya umum seterusnya diadakan dalam masa empat tahun.

Pilihan raya umum kesembilan diadakan dalam tempoh lima tahun dan pilihan raya kesepuluh diadakan dalam tempoh empat tahun diikuti oleh tiga pilihan raya umum yang lepas, yang diadakan masing-masing dalam tempoh lima tahun, empat tahun dan lima tahun. – BERNAMA

 

Tags: Pilihan RayaSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

21/03/2024
0

JAKARTA: Prabowo Subianto dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd