• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Audit Negara Sedia Audit Penubuhan DEIG

oleh Ahmad Albab
08/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk menjalankan pengauditan terhadap penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG), jika ia berada di bawah bidang kuasanya.

Ambrin berkata, buat masa ini beliau sedang menyemak dan meneliti butiran berhubung penubuhan syarikat terbabit.

“Yang (DEIG) ini memang saya sedang ikuti perkembangan sebab saya kena semak balik kuasa-kuasa yang diberikan kepada ketua audit negara di negeri-negeri.

“Memang macam di negeri Selangor, kuasa telah diberikan kepada saya untuk buat pengauditan kepada akaun kerajaan negeri Selangor dan juga badan-badan berkanun di negeri Selangor.

“Kita juga buat pengauditan pada anak-anak syarikat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.

Dalam upacara sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas itu menyaksikan 162 orang menerima pingat dan darjah kebesaran masing-masing termasuk Ambrin.

Beliau menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri. Lima lagi turut dianugerahkan darjah kebesaran yang sama.

Sebanyak 1,275 orang telah disenaraikan menerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan negeri.

Ditanya tempoh yang akan diambil pihaknya menjalankan proses audit, Ambrin berkata beliau sedang menyemak kedudukan dari segi undang-undang yang dibenarkan di bawah Akta Audit dan menurut beliau ada proses yang perlu dipatuhi.

“Misalannya kalau pengauditan syarikat biasanya kita kena gazet dulu dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong (mengenai) mana-mana syarikat kerajaan yang nak diaudit oleh ketua audit negara. Kita dalam proses untuk mengenal pasti, kita ikut prosedur,” katanya.

DEIG merupakan entiti yang ditubuhkan pada Disember lepas di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menguruskan sektor pelaburan, aset dan perniagaan anak-anak syarikat kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun, beberapa anggota Dewan Undangan Negeri Selangor termasuk bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang dikatakan akan mengambil alih peranan MBI. – BERNAMA

 

Tags: AuditDEIG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Sedang Audit Klinik Kesihatan Boleh Operasi Lebih Lama

KKM Sedang Audit Klinik Kesihatan Boleh Operasi Lebih Lama

23/01/2023
0

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan sedikit masa lagi bagi mengenal pasti klinik kesihatan (KK) yang boleh beroperasi secara lebih...

Mana Pergi Audit Dana Diterima Syed Saddiq?

29/05/2022
0

Sudah 10 bulan berlalu sejak Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan menjemput Ernst & Young mengaudit program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd