• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti 6 Mayat Mangsa Bot Karam Telah Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
05/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUTAN MELINTANG – Identiti enam daripada 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam pada Khamis lepas telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata identiti enam mangsa iaitu empat wanita dan dua lelaki dikenal pasti melalui pengecaman anggota keluarga.

“Lima mayat dikenal pasti melalui pengecaman waris di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala seorang mayat lelaki di Hospital Teluk Intan dikenal pasti melalui dokumen pengenalan yang ditemui pada mayat.

“Identiti mayat yang lain masih belum dikenal pasti oleh kerana waris mangsa masih belum tampil serta pihak kedutaan masih mencari identiti mangsa,” katanya kepada pemberita di pusat operasi mencari dan menyelamat di Jeti Hutan Melintang di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, sebahagian besar mangsa berasal dari Acheh, Indonesia.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata operasi pencarian telah diperluaskan kepada 25 batu nautika daripada lokasi kejadian berikutan penemuan sembilan mayat di sekitar kawasan berkenaan sejak dua hari lepas.

“Pasukan mencari dan menyelamat beranggapan bahawa mayat yang masih belum ditemui sudah hanyut disebabkan faktor ombak dan angin,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau berkata bot sepanjang 40 kaki itu hanya boleh membawa 10 hingga 15 penumpang sahaja.

“Hasil soal siasat ke atas mangsa yang terselamat mendapati penumpang yang menaiki bot tersebut sekitar 70 hingga 80 penumpang.

“Siasatan turut mendapati sebilangan mangsa memiliki dokumen perjalanan sah, namun mereka menetap di negara ini melebihi daripada tempoh yang dibenarkan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman secara haram,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: bot karamPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd