• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Wanita Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Setapak

oleh Ahmad Albab
05/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga wanita warga emas rentung dalam satu kebakaran di sebuah tokong Cina di Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa berusia 60 hingga 65 tahun ditemui dalam keadaan rentung oleh anggota bomba.

“Mangsa dipercayai terperangkap dan gagal mencari jalan keluar, kesemua mereka adalah warga tempatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Polis berkata dua mangsa dipercayai adalah sami di tokong itu, manakala seorang lagi wanita dipercayai rakan mereka.

“Siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula dari bahagian tengah tokong berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian.

“Seramai 49 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Wangsa Maju, Hang Tuah dan KLCC telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Kita mengambil masa selama satu jam untuk mengawal kebakaran dan berjaya mengawal api dari merebak ke kawasan rumah setinggan yang berada berhampiran tokong berkenaan,” katanya.

Azizan berkata pihaknya masih belum mengenalpasti punca kebakaran itu. – BERNAMA

 

Tags: kebakaranwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd