• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dollah Salleh Letak Jawatan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Dollah Salleh lewat Jumaat meletak jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya berikutan kekalahan memalukan pasukan negara pada perlawanan ketiga Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya itu sejak 28 Jun 2014, kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan mengaibkan skuad negara 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, UAE, pada Khamis.

Dollah berkata beliau sudah memaklumkan keputusannya itu kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melalui perbualan telefon pagi Jumaat.

“(Keputusan meletak jawatan itu) muktamad. Saya sudah berbincang perkara ini dengan Datuk Hamidin dan semuanya berjalan lancar,” kata Dollah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, Sabtu.

Dollah mengakui beliau terkilan kerana menamatkan karier selaku pengendali skuad kebangsaan dengan keputusan perlawanan yang teruk.

Kekalahan 0-10 skuad negara itu adalah yang terbesar dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

Sambil itu, Dollah tidak menyangka UAE mampu melakar jaringan besar ke atas skuad Harimau Malaya pada perlawanan berkenaan walaupun pemain negara telah berusaha menyerap asakan bertali arus pasukan kendalian Mahdi Ali itu.

“Saya tidak boleh salahkan pemain dan saya kena terima keputusan perlawanan.

“(Ketua pasukan Pahang), Mohd. Razman Roslan suruh saya tunggu sehingga perlawanan seterusnya menentang Arab Saudi tetapi saya cakap tak boleh teruskan lagi,” kata Dollah.

Malaysia dijadual menentang Arab Saudi pada aksi keempat Kumpulan A pada 8 September ini di Stadium Shah Alam.

“Mengenai pengganti saya untuk perlawanan menentang Arab Saudi, saya serahkan perkara itu kepada FAM,” kata Dollah.

Jurulatih berusia 51 tahun itu bukanlah nama asing dalam bola sepak tanah air kerana telah membantu beberapa pasukan tempatan menjulang pelbagai kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia, sehingga digelar jurulatih yang mempunyai sentuhan ajaib.

Pencapaian terbaik Dollah sebagai jurulatih adalah pada 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble – Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau telah membimbing empat pasukan dalam Liga Perdana untuk berada di kedudukan teratas iaitu MPPJ FC (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014) mara ke saingan Liga Super.

Untuk rekod, Dollah dilantik oleh FAM pada Jun 2014 setelah badan induk itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yang tamat pada 31 Dis 2013. – BERNAMA

Tags: Dollah SallehHarimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd