• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja ‘Patah Kaki’ Maut Lepas 22 Hari Main Online

oleh
07/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW — Seorang remaja lelaki Rusia di bandar Uchaly, Republik Bashkortostan maut setelah dilaporkan media tempatan akibat padah bermain sebuah permainan dalam talian tanpa henti selama 22 hari.

Rustam, 17 tahun; asalnya terpaksa berada di rumah kerana patah kaki namun sebab bosan, dia kemudian bermain online dikenali Defence of the Ancients sepanjang masa kecuali waktu untuk makan dan tidur.

Hasil forensik, penyiasat menjelaskan, remaja ini memang didapati ketagihan permainan tersebut bahkan sejak satu setengah tahun lalu, Rustam dikatakan sudah lebih 2,000 jam bermain segala jenis permainan.

a1b487514492f5c4398d4841ff244081

Jadual harian Rustam adalah rata-rata bermain permainan itu selama 6.5 jam dan ketagihan itu semakin meningkat hingga dia bermain nyaris tanpa henti selama 22 hari yang berakhir dengan tragedi kematiannya.

Ibu bapa Rustam menyatakan kepada portal berita BlokNot, biasanya mereka dapat dengar jari-jemari Rustam menekan papan kekunci komputernya, namun pada 30 Ogos lalu, tiada lagi suara dari dalam bilik tidurnya itu.

Ketika pintu bilik itu dibuka, Rustam didapati tidak bergerak dan kedua-dua orang tua segera membawa remaja tersebut ke sebuah hospital tempatan, tetapi dia disahkan meninggal dunia sejurus tiba di unit kecemasan.

“Dalam 22 hari yang terakhir, mangsa disyaki bermain game hampir tanpa henti. Dia berhenti pun hanya untuk tidur sejenak selain makan hidangan disediakan ibu bapanya,” kata jurucakap polis Uchaly, Svetlana Abramova.

PAY-Rustam

“Sejak kaki patah 8 Ogos, dia habis waktu cuma di rumah main online,” tambahnya, sekali gus mungkin memecah rekod dunia pernah dipegang pemuda China, Xu, 21 tahun; yang pengsan selepas 14 hari bermain atas talian.

Bagaimanapun rekod itu tidak diiktiraf pihak Guinness sebaliknya menobatkan secara rasmi empat remaja lelaki Australia sebagai juara paling lama yang bermain online iaitu hampir 36 jam dicatatkan pada 6 Julai 2014.

Pakar kesihatan, Azat Hafizov, menjelaskan punca kematian Rustam akibat masalah yang dialami sama seperti dirasakan penumpang pesawat dalam penerbangan jarak jauh yang harus duduk setempat berjam-jam lamanya.

“Tubuhnya kemungkinan mengalami pembekuan darah yang berakhir dengan maut. Kes pembekuan darah boleh terjadi pada sebahagian pesakit yang mengalami sejarah patah tulang,” ujar Azat. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: onlineRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menerima 11,077 ahli baharu hanya dalam tempoh empat hari pendaftaran keahlian secara dalam talian (online) dibuka...

5,775 Daftar Ahli UMNO Secara ‘Online’ Dalam Tempoh 2 Hari

5,775 Daftar Ahli UMNO Secara ‘Online’ Dalam Tempoh 2 Hari

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,775 ahli baharu telah mendaftar secara dalam talian (online) dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd