• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Lelaki Lakukan Penipuan, Dakwa Baiki Pendingin Hawa

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melakukan penipuan dengan mendakwa telah memberikan perkhidmatan membaiki pendingin hawa kepada pelanggan.

Ketua Jabatan Jenayah Komersial Melaka Supt Ee Khong Koy berkata lelaki terbabit dipercayai berusia lewat 40-an, berbadan tegap, tinggi kira-kira 5 kaki 8 inci, berkulit hitam serta mempunyai bentuk muka bujur.

“Setakat ini polis menerima tiga laporan berhubung penipuan yang dilakukan lelaki terbabit sejak Mei lepas, dan kes terbaharu dilaporkan pada Selasa lepas.

“Kerugian melibatkan ketiga-tiga kes yang dilaporkan itu berjumlah kira-kira RM2,200 dan dipercayai masih ada lagi mangsa yang belum membuat laporan,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata kes terbaharu melibatkan kerugian RM1,600 pada Selasa lepas, di sebuah kedai alat telekomunikasi di Dataran Pahlawan di sini.

Katanya ketika kejadian kira-kira 4.15 petang itu, pekerja kedai tersebut yang merupakan wanita berusia 22 tahun didatangi lelaki tidak dikenali dengan tujuan untuk mengutip hutang berjumlah RM300, kononnya bagi perkhidmatan membaiki pendingin hawa yang dilakukan di kedai berkenaan.

Ee berkata lelaki terbabit kemudian meminta nombor telefon majikan daripada wanita tersebut bagi tujuan mengesahkan hutang berkenaan.

“Suspek pada mulanya berpura-pura mendail nombor yang diberikan sebelum wanita tersebut terpedaya dengan tindakan berkenaan dan menyerahkan wang RM300 kepadanya.

“Sekali lagi suspek berpura-pura menelefon pemilik kedai itu untuk memintanya menjelaskan hutang yang didakwa dipinjam berjumlah RM1,300, dan lakonan itu menyebabkan wanita berkenaan sekali lagi terpedaya sebelum menyerahkan wang tersebut,” katanya.

Beliau berkata dua kes sama turut dilaporkan di sekitar Masjid Tanah, kira-kira-kira 1 petang dan 1.15 petang, pada 15 Mei lepas.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontingen Melaka di talian 06-2854222 atau Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Md Yazid Zaid Zainal (012-7401616). – BERNAMA

Tags: Jenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd