• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bapa Bunuh Anak Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Selayang di sini memindahkan kes seorang bapa yang didakwa membunuh anak lelakinya yang mayatnya dijumpai ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Kepong, Mac lepas, ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Namirah Hanum Mohamed membuat keputusan itu selepas kes tersebut disebut di hadapannya hari ini.

Beliau turut membenarkan permohonan peguam Mak Kah Keong yang mewakili tertuduh Loo Chon Wen, 33, supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil memaklumkan laporan forensik dan kimia telah diperoleh dan kertas siasatan sedang dalam penelitian.

Pada 29 Mac lepas, Loo didakwa membunuh anak lelakinya Loo Yong Shen Evan, 9, di rumah No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong, pada 2 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pada 12 Jun lepas, isterinya, Tan Boa Jia, 33, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melupuskan mayat anak mereka dengan cara menanam mayat itu di bawah lantai dapur di tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=7SAnVHnQXXM

Tags: kes bunuhkes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd