KUALA LUMPUR – Presiden Transparency International (TI), Jose Ugaz menerima maklumat yang tidak tepat mengenai Malaysia apabila menuduh negara ini sedang berhadapan dengan krisis korupsi yang teruk.
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut menyelar Ugaz kerana membuat kenyataan yang tidak adil dan masuk akal apabila menuduh Malaysia sebuah negara yang gagal.
Tegas Tunku Abdul Aziz, cuma satu kes belum selesai seperti yang dihebohkan orang ramai tidak membuktikan bahawa negara ini berada dalam krisis.
“Saya berfikir bahawa kenyataan ini adalah tidak tepat. Ia adalah satu kenyataan yang kurang maklumat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ugaz dalam ucapannya semasa Persidangan Anti RaÂÂsuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 menuduh Malaysia berhadapan krisis korupsi disebabkan isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tunku Abdul Aziz menegaskan, semua pihak termasuk TI sepatutnya memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang.
Kata beliau, kenyataan secara semborono oleh Ugaz tersebut sangat tidak boleh diterima maka LPPR SRPM menuntut penjelasan daripada Presiden TI.
“Kita tidak sepatutnya membenarkan emosi menjadi penghalang kepada keadilan,” katanya.
Beliau turut menegaskan SPRM adalah sebuah badan yang bebas seperti yang diharapkan dan menggesa perbuatan tidak bertanggungjawab Ugaz tidak berulang. – MYNEWSHUB.CC

