• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Petani Dikecualikan GST Akan Dipanjangkan Kepada K’jaan Pusat

oleh Ahmad Albab
03/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri akan memanjangkan cadangan Pertubuhan Peladang Negeri Kedah kepada kerajaan pusat supaya golongan petani dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata ketika ini golongan petani terpaksa membayar GST pada kadar tinggi ke atas perkhidmatan seperti lori dan logistik lain.

“Industri pertanian khususnya padi, banyak subsidi diterima, tapi walaupun begitu ia tetap sektor penting kerana jaminan bekalan makanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Kedah kali ke-32 di sini.

Cadangan pengecualian GST tersebut dikemukakan oleh Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Kedah Abd Lateh Md Saman dalam ucapannya pada majlis itu.

Menteri Besar berkata Kedah ketika ini memperuntukkan sehingga 240,000 hektar tanah hutan untuk kawasan penanaman padi dan empangan demi menjamin bekalan makanan negara walaupun kawasan itu berpotensi memberi pulangan lebih lumayan untuk projek lain.

Terdahulu, Mukhriz dalam ucapannya mengingatkan pertubuhan peladang supaya tidak leka dengan kemasukan pelaburan langsung asing yang besar, penghapusan tarif tertentu serta kewujudan perdagangan di antara negara ASEAN.

Kesemua itu, menurutnya, dilihat memberi kesan dari aspek peluang perniagaan, dan sekiranya pertubuhan peladang tidak mempersiapkan diri, mereka akan ketinggalan.

Sehubungan itu katanya, pertubuhan peladang perlu meningkatkan produktiviti melalui aktiviti yang berasaskan inovasi dalam sistem tanaman, kejenteraan ladang dan keberkesananan penggunaan jentuai.

“Melalui penguasaan teknologi maklumat atau lain-lain teknologi yang berkaitan dengan bidang usaha di pertubuhan peladang, maka kerja-kerja dapat dihasilkan dengan pantas dan cekap,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTPetani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA

Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu ada mekanisme yang berkesan, bukan biarkan rakyat ikat perut dan tanggung semua sendiri dalam berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd