• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Berkuasa Tidak Perlu Dapatkan Persetujuan PM Untuk Siasat 1MDB

oleh Ahmad Albab
02/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua badan penyiasat di negara ini tidak perlu mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan siasatan terhadap mana-mana skandal terutamanya membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, agensi bebas seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menerima sebarang arahan daripada Najib mahupun Kabinet untuk memulakan sesuatu siasatan.

“Sekiranya perlu siasatan, mereka tidak perlu kebenaran daripada perdana menteri sama ada beliau setuju atau tidak.

“Malah siasatan mereka tidak diarahkan perdana menteri dan Kabinet,” katanya pada sesi soal jawab dalam program Pengalaman Negara Berdepan Urus Tadbir dan Rasuah pada Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa, (IACC) di sini, Rabu.

Menurut beliau, SPRM, PDRM dan BNM perlu bertindak sebagai sebuah badan bebas sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Jika mereka mahu menjalankan sebarang siasatan terhadap skandal tersebut, mereka tidak perlukan kebenaran daripada perdana menteri atau Kabinet,” katanya.

Semasa sesi soal jawab itu, kebanyakan peserta membangkitkan soalan untuk Paul Low mengenai siasatan 1MDB yang mengaitkan nama Najib.

Paul Low menegaskan isu yang timbul dalam siasatan 1MDB adalah berlakunya kebocoran dokumen yang memberi kesan terutama kepada integriti badan penyiasat.

“Kita pandang serius perkara ini. Apabila dokumen bocor semasa siasatan sedang dijalankan ia akan menjejaskan intergriti dalam siasatan tersebut,” jelasnya.

Tambah Beliau, sekiranya pihak BNM mendedahkan maklumat akaun peribadi mana-mana pihak, ia satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang.

“Sistem perbankan kita dipelihara oleh undang-undang kerahsiaan terhadap akaun peribadi. Contohnya, saya tidak suka akaun peribadi saya didedahkan kepada sesiapa sahaja.

“Namun sekiranya Gabenor Bank Negara menyebut apa-apa tentang akaun saya, dia boleh masuk penjara,” katanya. – mStar Online

Tags: 1MDBPaul Low Seng Kuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd