• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Hari Pertama Malaysia Airlines Bhd Lancar

oleh Ahmad Albab
03/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Operasi entiti baharu Malaysia Airlines Bhd (MAB), yang mengambil alih peranan daripada Malaysian Airlines System Bhd sebagai syarikat penerbangan negara, memulakan langkah hari ini dengan lancar.

Tinjauan yang dilakukan Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini juga mendapati penumpang MAB sendiri tidak menyedari bahawa syarikat penerbangan negara itu kini di bawah kendalian entiti baharu.

Logo korporat syarikat Malaysia Airlines masih tertera di skrin yang terdapat di KLIA serta pakaian seragam kakitangan yang digunakan juga masih sama.

Terence Reed yang menemani isterinya untuk ke Pulau Pinang hari ini berkatabeliau memilih untuk terbang bersama pesawat MAB kerana itu adalah pilihan domestik yang beliau kenali.

“Isteri saya mengusahakan perniagaan ejen pelancongan dan dia juga telah biasa berurusan dengan Malaysia Airlines sebelum ini,” kata Reed yang merupakan warganegara Britain.

Seorang pesara kerajaan yang enggan dikenali berkata syarikat penerbangan nasional itu tidak kira sama ada ia dipanggil MAS atau MAB merupakan pilihan beliau sejak dahulu lagi.

“Kami tetap memilih MAB kerana perkhidmatannya yang lebih selesa,” katanya yang membelikan tiket sebagai hadiah untuk anaknya berbulan madu ke Bali, Indonesia.

Seorang kakitangan MAB yang berkhidmat di kaunter pendaftaran berkata tanggungan kerjanya kini bertambah ekoran langkah pengurangan tenaga kerja yang dilakukan syarikat kepada 14,000 berbanding 20,000 sebelumnya.

“Bebanan kerja sememangnya bertambah lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah dan cuti umum, sehinggakan kami terpaksa memanggil kakitangan lain untuk membantu.

“Tapi kami perlu berkorban untuk masa hadapan kami dan syarikat agar terus mampu beroperasi,” katanya.

Menurutnya, Ketua Pegawai Eksekutif MAB Christoph Mueller kerap ‘turun padang’ di sekitar lapangan terbang itu bagi memantau kerja para kakitangan MAB dan proses pengendalian syarikat baharu itu.

Pengurangan 6,000 pekerja merupakan satu daripada langkah drastik yang dilaksanakan di bawah penstrukturan semula Malaysia Airlines selain rasionalisasi laluan dan perundingan semula kontrak-kontrak pembekalan.

Ia merupakan pelan pemulihan terbaharu syarikat tersebut selepas kerajaan membelanjakan sebanyak RM19.2 bilion sejak 2001-2014, bagi memulihkan Malaysia Airlines akibat kegagalan penswastaannya yang dibuat pada 1990-an. – BERNAMA

Tags: MAB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Tawar Cuti Tanpa Gaji 13,000 Kakitangan

12/03/2020
0

SHAH ALAM - Seramai 13,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad diminta mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang...

Khazanah Nasional Teruskan Kerjasama Dengan MAB

02/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. hari ini berkata, ia akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan Malaysia Airlines (MAB) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd