Jika ayahnya pernah digelar “Six Million Dollar Man”, anaknya pula tidak kurang hebat apabila melakar sejarah dalam industri perfileman dengan kutipan 11 Juta sekali gus menjadi kutipan paling tinggi bagi filem tempatan.
Ayah dan Anak itu tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Yusof Haslam dan Syamsul.
Terbaru, anak-beranak ini bakal bergandingan dalam lakonan bagi menjayakan musim terbaru drama bersiri Gerak Khas buat pertama kali.
Drama bersiri yang cukup sinonim dengan Skop Production ini, bakal bersiaran di RTM 2 dalam masa terdekat dan bakal menampilkan mereka sebagai Pegawai Polis.
Penerbit dan Pengarah Filem, Datuk Yusof Haslam nyata teruja kerana hasratnya untuk berlakon bersama-sama anaknya tercapai.
” Alhamdulillah saya individu paling teruja dapat berlakon dengan Syamsul dalam Gerak Khas kerana ia merupakan gandingan pertama kami sebagai pelakon” katanya.
Datuk Yusof Haslam turut menambah “Saya sudah lama minta Syamsul terlibat dalam drama bersiri itu tetapi kesibukannya sebagai pengarah membuatkan hasrat itu sentiasa terbantut”
Datuk Yusof Haslam memberitahu, dia cukup seronok dapat berlakon bersama anaknya dan Syamsul banyak membantu dalam memberikan idea yang segar dalam pembikinan musim terbaharu itu.
Baguslah jika mereka saling bertukar idea ,kerana dua beranak ini mempunyai kelebihan dan kehebatan sendiri yang mampu memartabatkan industri seni pada peringkat yang lebih tinggi.
Dengarnya, selain kemunculan Syamsul ada beberapa wajah-wajah baharu turut diperkenalkan dalam musim terbaharu drama bersiri itu.
Tidak sabar pula menantikan drama bersiri itu ke udara. Pasti meletup gandingan mereka!-mynewshub.cc
Oleh : Farah

