• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Pengajian Pergigian Terbesar Milik UiTM Siap Dibina

oleh Ahmad Albab
01/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara (UiTM), pusat pengajian pergigian terbesar di negara ini, sudah sedia untuk beroperasi setelah kampusnya di Sungai Buloh, dekat sini siap dibina pada 28 Ogos lalu.

Projek pembinaan kampus itu yang menelan belanja lebih RM73.8 juta yang dirancang sejak tujuh tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung termasuk bahagian akademik, klinikal dan pentadbiran.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, bangunan fakulti itu turut mengandungi dewan bedah, wad, klinik, unit radiologi, kemudahan penyelidikan terkini serta sebuah pusat pensterilan dan bekalan pergigian pertama di Malaysia.

Katanya, selain menempatkan kemudahan akademik untuk penuntut universiti itu, fakulti berkenaan turut menawarkan perkhidmatan rawatan pergigian kepada orang awam.

“Apabila bangunan ini mula beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi, kita mengganggarkan seramai 205 pesakit dapat diberikan rawatan dalam satu-satu masa dengan jumlah pesakit sehari 400 hingga 500 orang,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.

Kementerian Kerja Raya diwakili oleh menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof, sementara Kementerian Pendidikan Tinggi diwakili menterinya Datuk Seri Idris Jusoh.

Sahol Hamid berkata dengan adanya kampus itu, ia diharapkan dapat melahirkan graduan bidang pergigian yang lebih kompeten dan profesional dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Adanan Mohamed Hussain dalam ucapannya berkata projek berkenaan yang sepatutnya menelan belanja RM94.4 juta menghadapi sedikit masalah sebelum ini apabila kontraktor yang dilantik gagal menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberi.

Katanya kontraktor lain telah dipilih untuk menyambung projek itu yang akhirnya disiapkan pada 28 Ogos lalu dengan kos semasa yang lebih rendah iaitu RM73.8 juta. – BERNAMA

Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sungai Buloh

https://www.youtube.com/watch?v=HUw9JV2Xd_Q

Tags: UiTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd