• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Doktor Perlu Jaga Etika Pengamal Perubatan

oleh Ahmad Albab
01/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan nota peringatan kepada semua doktor yang berkhidmat di hospital kerajaan supaya menjaga etika mereka sebagai pengamal perubatan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata tindakan itu bagi memastikan doktor kerajaan menjaga disiplin serta tatasusila mereka dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mengaibkan pesakit mereka.

“Seorang doktor seharusnya menjaga etika dan rahsia pesakit, tidak boleh menghebahkannya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai seorang doktor wanita yang merakam gambar selfie di sebuah hospital di Johor Baharu, Johor baru-baru ini.

Perkhidmatan Doktor ‘Selfie’ Mungkin Ditamatkan

Mengulas lanjut, katanya tindakan terhadap doktor terbabit adalah bergantung kepada siasatan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Klinik 1Malaysia Krubong di sini yang mula beroperasi pada 3 Ogos lepas dan merupakan Klinik 1Malaysia yang ke-19 di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Hilmi berkata Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan lanjut bagi meneliti cadangan pembangunan hospital baharu di negeri ini.

“Kita sedang ambil perhatian mengenai permohonan ini dan kita akan cuba bantu untuk bangunkan hospital baharu ini,” katanya.

Kerajaan Negeri Melaka sebelum ini memohon pembinaan hospital baharu menggantikan Hospital Melaka yang berusia lebih 80 tahun. – BERNAMA

Tags: Hilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Cadang Ketum Ubat Sakit, Pulih Tagih Dadah

17/12/2017
0

BALIK PULAU - Kerajaan tidak bercadang menjadikan ketum sebagai ubat tahan sakit atau rawatan ketagihan dadah, walaupun struktur dan molekul...

Skim PPBP: Pesakit Tidak Mampu Bayar Tetap Akan Dirawat

21/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pesakit yang tidak mampu membayar caj dan kos perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd