• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Ditahan Berhubung Letupan Mercun Ketika Bersurai

oleh Ahmad Albab
01/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lagi individu berhubung insiden letupan dipercayai berpunca daripada mercun ketika peserta perhimpunan Bersih 4 sedang bersurai di sekitar Dataran Merdeka, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata tangkapan itu menjadikan jumlah tangkapan sehingga ini seramai lima orang.

“Keempat-empat mereka ditahan dalam dua kejadian berasingan di sekitar Dataran Merdeka.

“Dalam senario pertama seorang lelaki didapati membakar dan membaling mercun ke arah peserta, manakala senario kedua, dua lelaki didapati membakar mercun dan ketika ditahan datang seorang lagi lelaki cuba menghalang polis daripada menahan kedua-dua lelaki itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, tiga daripada empat lelaki yang ditahan awal pagi tadi disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan dan seorang lagi mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Tajudin dalam kenyataan media semalam berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka semalam kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Perhimpunan Bersih selama dua hari yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang bersih. – BERNAMA

https://youtu.be/HcUTD9t6BEY

Tags: Bersih 4.0mercun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd