Hanez Suraya sekali lagi menjadi sasaran caci maki siber apabila pakaian dalam gambar terbarunya dikatakan terlalu ‘daring’.
Jika sebelum ini Hanez menjadi mangsa kecaman netizen dek kerana menayang perutnya yang ramping semasa percutian di Singapura, kini gambarnya menayang peha putih gebu pula dipertikaikan.
Dalam gambar yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, Hanez berkongsi minatnya terhadap sepasang sepatu Jimmy Choo sambil memperagakan busana yang berbelah panjang ke peha.
Namun tak sangka pula gaun rekaan Afiq M. hari itu berjaya mengundang ‘penceramah Instagram’ di luar sana, yang membanjiri Instagram Hanez dengan kutukan dan rasa tak puas hati mereka.
Ternyata mengguris sanubari sungguh komen-komen yang dilontarkan kepada pelakon cantik ini, sehingga ada yang mencabar Hanez untuk meninggikan lagi belahan kainnya supaya nampak punggung!
Apa-apa pun, sebagai ‘public figure’ sudah tentulah segala tingkah laku menjadi perhatian masyarakat.
Nampaknya selepas ini Hanez perlu lebih berhati-hatilah membuat pilihan busana agar lebih manis dipandang. Bagi ‘haters’ pula, kalau tak suka baik alihkan saja pandangan daripada menghentam artis di media sosial!-mynewshub.cc
Oleh Sara Khalid

