• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Bersih 4 Ingkari Arahan Polis, Adakan Perhimpunan

oleh Ahmad Albab
29/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para penyokong perhimpunan Bersih 4 meneruskan rancangan untuk mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara hari ini, sekali gus mengingkari arahan polis supaya ia tidak diadakan kerana tidak sah.

Para peserta perhimpunan itu, yang kebanyakannya berbaju T kuning dan membawa peralatan memaparkan perkataan Bersih 4, mula berkumpul di lima kawasan yang ditetapkan iaitu Sogo KL, Pasar Seni, Menara Maybank, Brickfields dan Masjid Negara seawal pukul 11 pagi.

Pada pukul 12.30 tengah hari, sebahagian daripada mereka mula berarak menuju Dataran Merdeka sebaik sahaja selesai raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan.

Penganjur perhimpunan itu gagal mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat perhimpunan yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

DBKL juga tidak memberi kebenaran kepada penganjur perhimpunan disebabkan Dataran Merdeka ditetapkan sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada Isnin ini.

Ada antara peserta perhimpunan haram itu dilihat duduk di pentas bertingkat khas yang didirikan bertentangan dengan Dataran Merdeka untuk menempatkan orang kenamaan semasa berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan, tetapi dinasihatkan penganjur perhimpunan supaya mengosongkan kawasan itu.

Beberapa orang daripada mereka turut membawa bersama kanak-kanak, tindakan yang jelas melanggar Seksyen 20(1) (c) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

Bersih 4 dianjurkan oleh kumpulan pembaharuan pilihan raya (Bersih 2.0) yang mendakwa berjuang bagi pilihan raya yang bersih dan bebas, kerajaan yang bersih, hak mengadakan demonstrasi, memperkukuhkan demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.

Perhimpunan tersebut tidak sah berikutan kegagalan penganjur mematuhi peruntukan dalam PAA.

Demonstrasi haram yang dirancang berlangsung hari ini dan esok telah mengakibatkan berlaku kesesakan jalan raya yang teruk terutama laluan menuju ke pusat bandar.

Perhimpunan itu diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.

Perhimpunan di Kuching dianggap sah selepas pihak berkuasa memberi kebenaran kepada penganjur kerana ia mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Penganjuran Bersih 4 yang terlalu hampir dengan tarikh sambutan Hari Kebangsaan pada Isnin ini disifatkan oleh beberapa pihak sebagai tidak sesuai dan tidak menghormati acara bersejarah negara.

Malam tadi kerajaan mengharamkan pemakaian baju warna kuning yang tertera perkataan ‘Bersih 4’.

Turut diharamkan semua bahan bercetak berkaitan dengan perhimpunan itu. – BERNAMA

 

Tags: Bersih 4.0polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd