KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini memang bertujuan melumpuhkan kerajaan.
PSM dalam kenyataan melalui laman Facebook memaklumkan, perhimpunan itu juga bertujuan menukar sistem kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang mengamalkan pemerintahan sosialis.
Perakuan itu dibuat secara tidak langsung oleh PSM yang akan turut serta dalam perhimpunan berkenaan melalui poster-poster Bersih 4 yang disiarkan parti berkenaan sejak beberapa hari lalu.
“Tarikh 299 dan 30 Ogos adalah hari untuk rakyat. Hari Bersih!. Jom ke jalan raya tuntut perubahan,” kata PSM dalam Facebook berkenaan.
Penganjur Bersih 4 sebelum ini mendakwa perhimpunan itu bukan bertujuan melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
Perhimpunan itu sebaliknya cuma bertujuan menuntut pilihan raya yang lebih telus oleh kerajaan.
Perhimpunan itu bagaimanapun dilihat ramai pihak sebagai usaha terdesak DAP dan PKR serta badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasakan hak asasi secara melampau untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran.
Bersih 4 juga dipercayai memperjuangkan agenda ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membebaskan pemimpin PKR itu daripada penjara. – mynewshub.cc

