• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ketua Penerangan PAS S’wak Dipilih Pengerusi GHB Negeri

oleh Ahmad Albab
28/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mesyuarat pemilihan anggota jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak pada 20 Ogos lepas, sebulat suara memilih bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden sebagai pengerusi negeri.

Andri berkata beliau akan menerajui GHB Sarawak dan akan dibantu anggota jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta latar belakang profesional berbeza.

“Dalam mesyuarat itu juga kami bersetuju sebulat suara GHB Sarawak akan meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi sasaran GHB bukan hanya kerusi pengundi Melayu, malah kerusi majoriti bukan Islam juga menjadi sasaran,” katanya kepada Bernama.

Andri berkata GHB Sarawak menyasarkan kerusi antaranya DUN Lambir, Samalaju, Semariang, Muara Tuang, Kedup, Triboh, Batang Sadong, Sebuyau, Beting Maro, Belawai, Dalat, Demak Laut dan Dalat.

“Namun pembahagian kerusi ini hanya akan diputuskan selepas berunding dengan rakan-rakan daripada DAP dan PKR serta kelulusan GHB pusat untuk semakan.

“Kami sudah mempunyai calon yang berwibawa, berpotensi serta bersedia untuk diletakkan di kawasan fokus tersebut. Rata-rata adalah kalangan anak tempatan yang sudah tentu diberi keutamaan,” katanya.

Menurut Andri yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Santubong, GHB Sarawak akan mengadakan sidang media memperkenalkan AJK dan mempromosi program mereka pada 4 Sept ini.

“Pada 6 Sept, sidang media bersama Pengerusi GHB Mohamad Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS serta pemimpin GHB pusat seperti Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dan Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bersama pimpinan Pakatan Rakyat Sarawak akan diadakan,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: GHBPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd