• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Semula Dasar Tangani Isu Jenayah Terutama Dadah – Lee Lam Thye

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye meminta kerajaan mengkaji semula dasar berkaitan isu jenayah khususnya melibatkan dadah.

Menurutnya, dasar itu perlu ditranformasi bagi memastikan tahap kesesuaian dan keberkesanannya.

“Penyalahgunaan dadah merupakan penyumbang utama kepada perlakuan jenayah di negara kita. Seperti yang kita tahu dasar yang sedia ada tidak lagi berkesan.

“Kita perlu membangunkan satu Dasar Baru Dadah Negara serta strategi yang lebih berkesan bagi menangani musuh utama negara ini. Kunci utama dalam memerangi dadah juga terletak pada strategi pencegahan yang berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pencegahan Jenayah Bersama Masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) peringkat Negeri Perak, di sini, Khamis.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil negeri merangkap Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan.

Sementara itu, Samsudin berkata pihak NGO merupakan suara ketiga terpenting dalam menangani isu jenayah melibatkan dadah.

“Sudah lebih tiga dekad dadah masih menjadi masalah utama negara kita. Tanggungjawab untuk menangani masalah jenayah ini bukan hanya kepada pihak berkuasa malahan ia tanggungjawab seluruh masyarakat.

“Saya mengalu-alukan semua yang hadir hari ini membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah,” katanya.

Seminar sehari itu bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan serta persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.

Seminar itu turut dihadiri 72 NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), PEMADAM, MCPF dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). – BERNAMA

 

Tags: kes dadahLee Lam Thye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd