• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Pejabat Didenda, Rakam Pelajar Wanita Mandi

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat merakam video seorang pelajar wanita sedang mandi, seorang pembantu pejabat didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu ke atas Choo Chin Ho, 25, selepas dia mengaku bersalah merakam video pelajar kolej berusia 23 tahun itu tiga hari lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Chin Ho didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Wangsa Maju di sini pada 7.45 malam, 24 Ogos lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, mangsa ternampak bayang-bayang orang di tepi tingkap bilik air ketika beliau sedang mandi lalu memanggil teman lelakinya untuk memeriksanya.

Teman lelaki mangsa kemudian keluar dari rumah dan menuju ke tangga (di sebelah luar rumah itu) sebelum ternampak Chin Ho yang dalam keadaan mencurigakan, sedang berdiri di situ.

Teman lelaki mangsa bertanya kepada Chin Ho tujuannya berada di situ dan dia memberitahu sedang menunggu rakannya.

Namun, teman lelaki mangsa ternampak telefon bimbit Chin Ho yang mengandungi rakaman video mangsa sedang mandi.

Ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum dengan alasan perlu menanggung ibunya dan seorang adik yang masih belajar di kolej.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira jenayah yang dilakukan tertuduh bertujuan memalukan mangsa.

“Walaupun gambar tidak jelas, tetapi niat tertuduh adalah satu niat yang tidak baik. Mohon mahkamah mengambil kira jika tertuduh tidak diberkas, satu jenayah lain mungkin berlaku yang membawa kepada perbuatan tidak bermoral,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/6uLJ02y75IQ

Tags: kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd