• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Didakwa Atur Perolehan Harta Untuk IS

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Khamis atas tuduhan membabitkan diri dalam mengatur bagi memperoleh harta untuk kegiatan keganasan.

Mohamad Fauzi Misrak, 35, yang bekerja sebagai chef di Singapura dan perunding kewangan, Rohaimi Abd Rahim, 38, didakwa bersama-sama melibatkan diri dalam satu pengaturan yang memudahkan perolehan harta bagi kumpulan militan IS dengan mengendalikan akaun Maybank milik Mohamad Fauzi untuk tujuan keganasan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Berhad cawangan Subang Jaya di Jalan SS15/4D, Subang Jaya dekat sini antara Disember 2013 dan Julai 2014.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130 P Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati jika perbuatan itu menyebabkan kematian.

Jika tidak melibatkan kematian, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mohamad Fauzi dan Rohaimi, yang kelihatan tenang semasa prosiding kes itu, hanya berkata ‘faham’ selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana ia dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan memohon supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 2 di sini untuk dibicara bersama dengan satu kes lain yang dihadapi kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 130G(c) Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 2. Bagaimanapun, tarikh sebutan kes belum ditetapkan oleh mahkamah.

Pada 11 Nov 2014, Rohaimi didakwa atas pertuduhan mencari harta bagi manfaat kumpulan militan IS melalui blog Revolusi Islam.com manakala Mohamad Fauzi didakwa bersubahat bersama Rohaimi atas tuduhan sama dengan membenarkan akaun Maybank miliknya digunakan. – BERNAMA

 

Tags: ISlelaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd