• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Perlu Jadi Sumber Kemajuan, Penentu Hala Tuju Umat

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA  LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini bertitah masjid bukan sekadar simbol tetapi ia harus menjadi sumber kepada kemajuan dan penentu hala tuju masa depan umat Islam di negara ini.

Seri Paduka turut mahu institusi masjid diperkukuh bagi mempastikan ia mampu berperanan sebagai benteng untuk mengekang sebarang perpecahan dalam masyarakat.

Selain itu, institusi masjid juga diharap dapat membantu masyarakat mendepani isu-isu yang dihadapi mereka.

“Beta berharap institusi masjid akan sentiasa menjadi penyelesai kepada  cabaran yang berlaku dalam masyakat sama ada dalam isu keruntuhan aÄ·idah, moral dan sebagainya,” titah baginda ketika melancarkan sambutan Jubli Emas 50 tahun Masjid Negara di sini hari ini.

Turut berangkat hadir Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Tetamu lain ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri  Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim turut menekankan pentingnya kedudukan dan kesucian Masjid Negara sebagai warisan negara supaya sentiasa dijaga dan umat Islam terus mengimarahkan masjid dengan pelbagai program yang sesuai.

“Memandangkan  Masjid Negara terkenal di seluruh dunia, maka sewajarnya ia sentiasa diurus berdasarkan model pengurusan cemerlang yang boleh dijadikan  contoh oleh semua masjid di negara ini,” titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut memuji kejayaan negara mewujudkan pengurusan hal ehwal Islam yang cemerlang dalam segenap bidang termasuk pengurusan institusi masjid.

Seri Paduka bertitah realitinya ialah usaha ke arah memperkasa pengurusan masjid merupakan usaha bersifat kesinambungan antara pelbagai pihak.

Pada majlis sama, Seri Paduka berkenaan melancarkan buku khas Masjid Negara serta syiling peringatan dan setem khas sempena Jubli Emas Masjid Negara. – BERNAMA

Tags: Agongmasjid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd