• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Jatuh: Pelajar Tajaan K’jaan Tak Akan Kelaparan – Nazri Aziz

oleh Ahmad Albab
26/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN trend matawang Ringgit kini terus jatuh, namun pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pendidikan di luar negara tidak akan berlapar kerana mereka akan tetap ditaja kerajaan melalui biasiswa.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, kerajaan akan terus komited menyalurkan biasiswa pada jumlah yang sama kepada individu yang layak menerimanya.

“Saya tidak fikir pelajar kita di luar negara akan kelaparan sebab dana tajaan kerajaan tetap disalurkan dengan jumlah sama. Kalau sebelum ini mereka terima 500 pound ia tidak akan dikurangkan kepada 400 pound.

Nazri Aziz: RM2 Juta Dalam Akaun Rosmah Sah

“Kerajaan yang menanggung sebab itu saya tidak fikir pelajar tajaan kerajaan tidak akan menderita kerana mereka masih dibiayai dengan jumlah biasiswa yang sama. Pada pendapat saya mereka tidaklah menderita sehingga tidak dapat beli makanan dan lain-lain kerana mereka tajaan kerajaan,” ujar beliau memetik laporan Malaysian Digest, hari ini.

Berhadapan dengan situasi mencabar ini, ujar Nazri, kerajaan merupakan pihak yang terpaksa menanggung beban dan bukanlah keluarga pelajar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas berkenaan turut menyifatkan tidak logik sekiranya ibu bapa yang menghantar anak mereka mendakwa turut menderita kesan kejatuhan nilai Ringgit ketika ini.

Ia berikutan kemampuan mereka menanggung anak ke luar negeri dan sedia menerima apa-apa risiko.

“Sekiranya anak mereka tidak ditaja kerajaan ini bermakna ibu bapa berkemampuan dan sudah tentu bersedia menanggung risiko dan impak kejatuhan ringgit kerana pelajar yang tidak mampu akan mendapat biasiswa daripada kerajaan.”

Selain itu, Nazri turut mengingatkan semua pihak bahawa kerajaan sememangnya bertungkus-lumus untuk memastikan nilai matawang Ringgit berada pada paras yang terbaik.

“Kejatuhan mata wang ialah fenomena dunia, Malaysia bukan satu-satunya negara yang menghadapinya.

“Apa yang saya nak katakan kami (kerajaan) tidak gembira dan jangan fikir kerajaan hanya diam dan tidak berbuat apa-apa untuk kukuhkan nilai ringgit tapi kalau harga minyak jatuh salah kita ke?” – MYNEWSHUB.CC

Sumbangan Kepada Parti Bukan Rasuah – Nazri Aziz

Tags: KerajaanMenteriNazri AzizpelajarPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Adakah Kerana Terlalu Angkuh Untuk Mengakui Sumbangan BN? – Jie Sen

Adakah Kerana Terlalu Angkuh Untuk Mengakui Sumbangan BN? – Jie Sen

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MCA Selangor, Tan Jie Sen menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook supaya memberi tumpuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd