• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GHB Nafi Bayar RM140,000 Ambil Alih Kita

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan dakwaan membayar sebanyak RM140,000 untuk mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin berkata dakwaan di laman media sosial yang mengatakan beliau menguruskan pembelian tersebut adalah tidak berasas.

“Saya menafikan sebarang penglibatan. Banyak mesej lucu dan cadangan yang besar menjelang pelancaran parti baharu.

“Namun semua itu tidak akan menggagalkan rancangan kami untuk melancarkannya,” kata Ishak yang mengetuai jawatankuasa GHB kawasan Batu.

Ishak berkata demikian bagi mengulas dakwaan bahawa GHB mengambil alih Kita dan merancang untuk menamakan semula parti itu kepada Parti Islam Demokratik (DIP) atau Amanah.

GHB dijangka mengumumkan penubuhannya sebagai sebuah parti baharu pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini manakala majlis pelancarannya pada Hari Malaysia, 16 September depan.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau tidak dapat mengesahkan atau menafikan mengenai penamaan semula GHB.

“Selagi tidak ada kenyataan rasmi, permainan teka-teki ini masih berterusan,” katanya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Rosliza Mahidi berkata GHB masih belum menghantar permohonan untuk membentuk sebuah parti baharu. – mStar Online

Tags: GHBPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd