• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Lancar Karnival Kasih Merdeka JPJ Peringkat Johor

oleh Ahmad Albab
22/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Karnival Kasih Merdeka 2015 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) peringkat negeri Johor bagi menyemarakkan semangat kesukarelaan dan patriotisme bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Pelancaran itu dilakukan di Dataran Niaga Parti Raja, di sini dan disertai Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Kembara berkenaan bertujuan membentuk semangat kesukarelaan antara 300 anggota JPJ dan anggota Skuad Muda 1JPJ Johor dalam menyemarakkan semangat cintakan negara dan memberi pendedahan kepada belia untuk menyertai aktiviti sihat.

Kembara bermotosikal kuasa tinggi itu akan menjelajah ke beberapa daerah dan singgah di hentian bagi mengedar Jalur Gemilang serta menaikkan bendera di sekolah angkat.

Ia akan membabitkan lima laluan iaitu Pasir Gudang-Ayer Hitam-Parit Raja; Pontian-Batu Pahat-Parit Raja; Mersing-Kluang-Parit Raja; Segamat-Labis-Parit Raja dan Muar-Parit Raja.

Kembara itu akan berakhir dengan Perhimpunan Karnival Kembara Kasih Merdeka di Dataran Putrajaya pada 29 hingga 31 Ogos depan yang dijangka akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

 

Tags: JPJZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd