• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perlu Perkukuh Jabatan Hal Ehwal Dalaman

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panel Perundingan dan Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu polis memperkukuhkan Jabatan Siasatan Dalamannya (IAD) bagi memerangi rasuah di dalam pasukan itu.

Panel itu, yang dipengerusikan Tan Sri Johan Jaaffar, berkata walaupun polis telah mempunyai Unit Penguatkuasaan Undang-undang Hal Ehwal Dalamannya dan bagi menjadikannya lebih berkesan, ia perlu dipertingkatkan dengan mempunyai lebih banyak pegawai dan diberikan kuasa dan sokongan yang mencukupi.

Dalam satu kenyataan, panel itu berkata, IAD boleh memainkan peranan penting bagi memantau dan menyiasat syak wasangka yang munasabah mengenai pelanggaran undang-undang dan salah laku profesional termasuk rasuah di kalangan polis.

Panel itu juga menyambut baik kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kementeriannya akan mengikut “New York Way” untuk memerangi rasuah.

Jabatan Polis Bandaraya New York (NYPD) telah melakukan usaha terpuji bagi membersihkan imejnya selama ini, kata kenyataan itu.

Panel itu bersetuju bahawa ‘New York Way’ adalah cara yang ke hadapan bagi polis untuk menghapuskan mereka yang bermoral buruk dalam pasukan.

Menurut kenyataan itu, panel berkenaan dan SPRM sentiasa bersedia untuk berkongsi beberapa inisiatif bagi memerangi rasuah dengan polis.

Kenyataan itu turut mencadangkan, di antara lain, mengadakan program Jabatan Angkat untuk mengenal pasti bidang-bidang masalah dalam agensi penguatkuasaan undang-undang.

“Ideanya ialah bagi memupuk nilai-nilai murni, tadbir urus dan amalan-amalan baik dalam unit-unit kumpulan atau agensi penguatkuasaan undang-undang.

Program itu akan membabitkan penyeleiaan, kaunseling dan bantuan daripada SPRM., kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: polisSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd