• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Komited Sokong Kepimpinan Najib Sebagai Presiden Parti

oleh Ahmad Albab
22/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan UMNO Terengganu khususnya UMNO Kuala Nerus, komited menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti.

Berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus ke-27 di sini hari ini, Ahmad Razif yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus berkata walaupun ada sedikit keresahan dalam kalangan rakyat serta penyokong parti, namun ia masih boleh diselesaikan.

“Kita akui memang ada keresahan namun masalah ini boleh diselesaikan bersama dengan pelbagai cara seperti menafikan wujudnya sindrom penafian.

“Kami di Terengganu turut menyokong saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya bergerak ke hadapan dan memberi tumpuan ke arah isu-isu yang bermain dalam pemikiran rakyat,” katanya yang juga Menteri Besar Terengganu.

Majlis yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak itu, dirasmikan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO serta dihadiri kira-kira 5,000 anggota UMNO.

Turut hadir anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Jusoh merangkap Menteri Pendidikan Tinggi serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Terengganu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda, barisan Exco dan perwakilan.

Ahmad Razif turut mengucapkan terima kasih kerana Perdana Menteri kerana sangat mengambil berat mengenai pembangunan dan rakyat di Terengganu.

“18 projek telah diluluskan oleh Perdana Menteri kita, antaranya pembinaan ‘draw bridge’ (jambatan angkat), projek akuapolitan, gerbang pelancongan Kuala Besut, tebatan banjir di Kemaman dan banyak lagi.

“Ini menjadikan peruntukan untuk semua projek yang diluluskan berjumlah hampir RM3 bilion, tidak termasuk komitmen pelaburan pihak swasta sebanyak RM2 bilion lagi,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd