• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Daripada 3 Anggota Tentera Terlibat Kemalangan Meninggal

oleh Ahmad Albab
22/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang daripada tiga anggota tentera yang cedera selepas trak mereka terbalik di Jalan Kuantan-Gambang berhampiran Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini petang semalam, meninggal dunia, malam tadi.

Megat Irwanizam Ibrahim, 27, yang merupakan pemandu trak dari Kem Batu 10 Markas Tentera Darat Kuantan di sini, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada pukul 9.15 malam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Superintendan Mohd. Noor Yusof Ali berkata, dua rakan mangsa yang dilaporkan parah iaitu Mohd Azmi Mohd Jamil, 31, dan Mohd Razali Aziz, 40, masih dirawat di hospital sama.

Dalam kemalangan pada 3.50 petang semalam, trak yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan itu dikatakan bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi dari arah yang sama yang dipercayai bertindak menukar haluan secara tiba-tiba.

“Pemandu kereta Perodua Myvi, Phua EE Lyn, 19, seorang pelajar Metro Kolej Kuala Lumpur yang turut terlibat dalam kemalangan itu hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa akan dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengkebumian. – BERNAMA

 

Tags: kemalanganTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd