• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EPL: Pedro Dedah Mengapa Chelsea Jadi Pilihan

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Bintang baharu Chelsea, Pedro Rodriguez mendedahkan perbualannya bersama Jose Mourinho dan Cesc Fabregas berjaya memujuknya untuk berhijrah dari Barcelona bagi menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pedro memilih The Blues berbanding pencabar kejuaraan Inggeris, Manchester United sekalipun khabar angin kuat mengatakan Old Trafford adalah destinasinya selepas Barca.

Begitupun, campur tangan Chelsea di saat akhir menyaksikan United gigit jari. Pemain berusia 28 tahun itu berkata, sebab dia menolak United adalah kerana Mourinho dan Fabregas menghubunginya secara peribadi serta memberitahunya betapa dia akan gembira dengan kehidupan di Stamford Bridge. “Dia (Mourinho) adalah salah satu daripada sebab utama mengapa saya berada di sini.

Dia menghubungi saya beberapa kali dan berkata dia mahukan saya untuk menjadikan pasukannya lebih kuat,” kata Pedro dalam laman web Chelsea. “Dia memenangi gelaran di mana saja dia pergi.

Saya tidak sabar untuk bermain di bawah bimbingannya dan berharap untuk memenangi beberapa lagi kejuaraan.

“Saya bercakap dengan Cesc. Kami adalah rakan baik. Saya tahu saya akan merasa seperti di rumah sendiri di sini dan ia juga salah satu alasan utama mengapa saya bersetuju untuk menyertai mereka.

“Saya juga pernah bermain dengan Diego Costa dan Cesar Azpilicueta sebelum ini, untuk skuad kebangsaan jadi saya amat selesa berada di sini,” katanya.
Bintang terbaharu Chelsea, Pedro memiliki rekod yang mengagumkan dengan lima kejuaraan La Liga dan tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.

Begitupun, dia meninggalkan Barca selepas pengendali, Luis Enrique lebih mengutamakan tiga serangkai, Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez.

Selepas begitu lama kecewa bersama Barcelona, Pedro berkata dia tidak sabar untuk beraksi bersama kelab baharunya.

“Saya bersedia untuk terus bermain jika pengurus memilih saya. Kadang kala saya bermain di bahagian kanan, kiri namun di mana saja saya diturunkan, saya akan memberikan yang terbaik,” katanya. – AFP

https://youtu.be/ZLfIvB2bdt0

Tags: EPL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salah Mungkin Kena Gantung

27/12/2018
0

LONDON - Mohamed Salah mungkin digantung perlawanan dan tidak beraksi bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool bagi pertembungan penting berdepan...

Musim Ini EPL Milik Kami

31/10/2018
0

LONDON - Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva mendakwa jika pasukannya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini bakal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd