• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Peniaga Diberi Tempoh Hingga 24 Ogos

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam melanjutkan tarikh akhir penghantaran penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 03 atau GST-03 sehingga 24 Ogos ini bagi tempoh bercukai tiga bulan (antara 1 April hingga 30 Jun).

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, tempoh penyerahan penyata GST itu yang sepatutnya berakhir pada Jumaat lepas, dilanjutkan bagi memberi peluang kepada peniaga yang berdaftar di bawah GST, yang mungkin bermasalah untuk menghantar penyata GST mereka.

“Di dalam sistem GST ini, mereka yang mempunyai (pendapatan) perniagaan lebih daripada RM5 juta perlu mengemukakan penyata setiap bulan tetapi peniaga yang kurang RM5 juta, adalah setiap tiga bulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam SeMalaysia kali ke-77 di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarikat yang telah mendaftar tetapi tidak mempunyai hasil pendapatan juga perlu menghantar penyata GST sebagai makluman kepada kastam.

Khazali berkata, pegawai kastam sentiasa bersedia membantu sekiranya peniaga-peniaga itu mempunyai masalah untuk menghantar penyata GST mereka.

Mengenai mesyuarat itu, beliau berkata beberapa perancangan yang baharu akan dilaksanakan khususnya berkaitan dengan pelaksanaan GST yang bermula April lepas.

“Kita juga gunakan mesyuarat ini untuk membincangkan perancangan dari segi operasi bagi memastikan segala aktiviti penyeludupan boleh dibendung,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd