• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 PATI, 3 Warga Tempatan Ditahan Dalam ‘Op Selera’ Di Kedah

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thai dan tiga warga tempatan dalam ‘Op Selera’ yang dijalankan di sekitar Jitra dan Changlun, dekat sini semalam.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata dalam operasi pada pukul 11.40 malam itu yang disertai lapan pegawai, pemeriksaan dijalankan terhadap 25 PATI di enam restoran ala Thai di sekitar Jitra dan Changlun.

Hasilnya, 21 PATI warga Thai yang terdiri daripada 17 lelaki dan empat wanita berumur antara 15 dan 51 tahun ditahan Imigresen mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mohammad Yusri dalam satu kenyataan hari ini berkata, turut ditahan ialah dua warga tempatan berumur lingkungan 30-an termasuk seorang wanita, atas kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing.

Seorang lagi lelaki warga tempatan berumur 35 tahun yang bertindak sebagai pemberi maklumat kepada pemilik kedai juga ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 56 (1)(g) Akta Imigresen 1959/63 kerana menghalang pegawai Imigresen melaksanakan tugas.

Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd