• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Pandalela, Mun Yee Raih Gangsa

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RATU terjun negara, Pandelela Rinong dan pasangannya Leong Mun Yee gagal mempertahankan pingat perak yang dimenangi pada edisi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Mengakui saingan sengit daripada semua peserta terutama daripada Korea Utara, Pandelela dan Mun Yee sekadar meraih gangsa dalam acara 10m platform seirama yang berlangsung di Munhak Park Tae-hwan Aquatics Center hari ini.

Pingat emas acara itu dimenangi penerjun China, Chen Ruolin dan Liu Huixia selepas mengumpul 346.5 mata, diikuti penerjun Korea Utara Kim Unhyang dan Song Namhyang dengan 320.64 mata.

Pandelela dan Mun Yee mengutip 313.92 mata untuk pingat ketiga dari acara terjun yang masuk hari kedua.

“Memang agak sedikit kecewa tapi selepas tengok kepada persembahan hari ini, saya rasa boleh tahan sebab saingan kali ini lebih hebat dari empat tahun lepas di mana China semakin meningkat dan persembahan Korea Utara juga makin maju.

“Semua peserta memberikan saingan yang sengit. Saya menikmati pertandingan hari ini. Saya dengan Mun Yee memang berharap kami dapat buat yang terbaik tapi masa pertandingan kurang sikit persembahan kami tapi keseluruhan ia memuaskan sebab tiada kesalahan besar dibuat,” kata penerjun kelahiran Sarawak ini.

Dalam acara terjun 10m platform seirama hari ini, penerjun negara mempamerkan terjunan konsisten untuk berada di tangga kedua namun sedikit tergelincir pada terjunan keempat.

“Saya gembira sebab dapat menyumbang pingat kepada negara tapi hari ini prestasi saya tidak berapa elok, sepatutnya ia lebih baik. Ada sedikit kesilapan pada terjunan keempat,” katanya.

Mun Yee tidak pernah pulang dengan tangan kosong sejak penyertaannya di temasya Sukan Asia sejak 2002 di Busan.

Beliau meraih gangsa dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Farah Begum Abdullah dan di Doha (2006) dalam acara 3m papan anjal individu. – BERNAMA

Tags: atletSukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd