• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Kumbang Dalam Misi Beraksi Di Liga Super

oleh Ahmad Albab
19/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Perlawanan terakhir skuad Harimau Kumbang musim ini menentang UiTM FC Jumaat ini menjadi faktor penentu kepada skuad berkenaan sama ada dapat beraksi dalam Liga Super musim depan atau sebaliknya.

Ketua Jurulatih Pulau Pinang Jacksen F. Tiago berkata Pulau Pinang mempunyai peluang untuk beraksi dalam Liga Super musim depan jika semua pemain dapat mengekalkan momentum kemenangan dan berusaha dengan lebih baik.

“Tugas saya sekarang ini membuat pemain lebih percaya diri dan rasa penat mahu pun sedih pada malam ini, kita harus hilangkan secepat mungkin kerana kita punya ‘game’ yang sangat penting pada Jumaat ini.

“Perlawanan terakhir ini kita masih punya nafas, masih punya peluang kita akan usaha manfaatkan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan pasukan itu dengan DRB Hicom FC di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.

Pulau Pinang mengutip tiga mata menerusi kemenangan tipis 2-1 ke atas DRB Hicom FC.

Tiago berkata skuad Harimau Kumbang perlu memberi tumpuan dari segi kerja berpasukan ketika beraksi di padang selain pemain harus lebih fokus dan tenang sepanjang perlawanan bagi memastikan peluang tidak disia-siakan begitu sahaja.

Mengambil contoh perlawanan ke atas DRB Hicom FC malam tadi, Tiago berkata Pulau Pinang mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol namun pemain tidak mampu memanfaatkannya.

Justeru itu, katanya, beliau akan menekankan aspek berkenaan dalam latihan yang berbaki dua hari ini untuk persiapan perlawanan Jumaat ini.

Mengulas perlawanan menentang UiTM FC yang ditukar pada sebelah malam, beliau berkata: “Bukan pemain sahaja malah semua kalau main petang macam ada rasa khuatir. Kalau kita bermain pada sebelah malam mungkin lebih ‘enjoy’ lagi”. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=6BJgggKsnys

Tags: Liga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd