• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Tanggung Kerugian RM50j Akibat Rumah Dibeli Terbengkalai

oleh Ahmad Albab
19/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerugian yang dialami golongan penjawat awam akibat membeli rumah daripada syarikat pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab dianggarkan melebihi RM50 juta dalam tempoh 10 tahun, kata Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu berkata, sehingga hari ini, pihaknya telah menerima lebih daripada 1,000 aduan daripada penjawat awam yang berkhidmat di seluruh negara, dan majoritinya ialah daripada golongan tentera.

“Ada antara mereka yang telah membuat pembayaran deposit setinggi RM36,000, ada yang telah dipotong gaji tetapi sehingga hari ini rumah tak ada … dan tiada siapa yang tampil membantu mereka.

Sesetengah kes pula, apabila diadu kepada Jabatan Perumahan Negara (JPN), mangsa dimaklumkan bahawa syarikat pemaju ini tidak mempunyai lesen, dan ini lebih merumitkan keadaan,” katanya pada sidang media di Wisma Cuepacs, di sini hari ini.

Azih berkata, Cuepacs mahu pihak kerajaan, khususnya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat melihat perkara ini secara serius kerana ia membebankan mangsa-mangsa yang terdesak untuk memiliki kediaman sendiri.

Selain itu, Azih berkata, beliau mahu Cuepacs diberi peranan yang lebih luas dalam menyuarakan pendapat berkenaan isu perumahan itu, serta diberi peluang untuk berbincang dengan Kementerian Kewangan dalam usaha menyelesaikan kemelut.

Mengenai pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Oktober ini, Azih berkata, pihaknya berharap agar kerajaan dapat menggunakan hasil dari kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk membantu empat golongan sasar, iaitu kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas, dan golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, empat golongan ini antara yang terjejas teruk akibat peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini.

“Kita minta kerajaan kaji semula dalam bajet Oktober nanti, atau di luar pembentangan bajet, supaya keperluan untuk anak-anak, OKU, orang tua, dan orang miskin ini hendaklah dibantu,” katanya lagi.

Selain itu, Azih berkata, Cuepacs mengulangi gesaannya agar kerajaan dapat percepatkan pelaksanaan penambahbaikan 252 skim perkhidmatan dengan cadangan gaji minimum baharu RM1,200.

Beliau berkata, pelaksanaan itu dapat membantu mereka yang berada dalam Kumpulan Pelaksana I dan II serta kumpulan menengah dalam menangani kenaikan kos sara hidup. – BERNAMA

Tags: CuepacsPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd