• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Rumah Terbakar Awal Pagi Di Kuala Terengganu

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita warga emas nyaris maut dalam kebakaran melibatkan enam rumah di Kampung Wakaf Mempelam, di sini, awal pagi Selasa.

Mangsa Kembang Jusoh, 70, yang lumpuh berjaya diselamatkan seorang ahli keluarganya dalam kebakaran kira-kira pukul 1.10 pagi itu.

Kebakaran itu mengakibatkan tiga rumah musnah sepenuhnya manakala tiga rumah lagi turut mengalami kerosakan yang melibatkan 35 mangsa dari enam keluarga.

Seorang mangsa Syarifah Nurul Naadia Tuan Othman, 30, berkata ketika kejadian dia baru sahaja hendak melelapkan mata apabila terdengar bunyi bising dari tingkat atas rumahnya.

“Pada mulanya saya mahu menggosok baju tapi kerana keletihan saya terlelap sebentar, namun tidak lama selepas itu, saya dengar anak saudara menjerit sebelum suami saya bertindak naik ke tingkat atas untuk melihat.

“Pada masa sama, saya terdengar seakan bunyi percikan bunga api,” katanya.

Menurut Syarifah Nurul Naadia, suaminya kemudian bergegas turun dan memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain untuk menyelamatkan diri kerana api sudah marak.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kamarul Bieza Mohamed Kassim berkata sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 1.14 pagi, seramai 22 anggota bersama empat jentera dari Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran berlaku dalam kawasan kampung yang padat dengan terdapat lebih dari 10 rumah yang rapat antara satu sama lain. Ada antaranya jarak rumah tidak sampai dua meter dan kita berusaha mengawal kebakaran agar tidak merebak ke rumah berhampiran.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 2.30 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5 pagi,” katanya.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kebakaranTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd