• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

E-Rokok Haram: Majlis Fatwa Kebangsaan

oleh
20/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIKE FANPAGE VAPE COMMUNITY MALAYSIA DI SINI

KUALA LUMPUR – Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa e-rokok adalah dilarang dan haram di dalam ajaran Islam, menurut pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin.

Beliau berkata, e-rokok atau rokok secara bentuk elektronik termasuk vape dikategorikan sebagai berbahaya, membazir dan memudaratkan kesihatan, lapor pelbagai portal berita tempatan pada Selasa.

“Jadi dengan ketiga-tiga sebab itu, kita katakan ia adalah haram,” Abd. Shukor dipetik berkata pada sidang akhbar selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Perak 2015 lewat Isnin.

Katanya, fatwa tersebut diputuskan berdasarkan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap penggunaan shisha iaitu sejenis rokok ala paip yang popular dalam kalangan warga Arab dan dan berasal dari Timur Tengah.

“Kami telah berbincang secara dalam mengenai isu rokok dan shisha, maka kita boleh menyamakannya dengan isu vape. Kami telah buat keputusan dan tidak ada masalah timbul dalam hal ini,” jelas Abd. Shukor.

Baca: Tetap Merbahaya! Mufti Isytihar E-Rokok, Vapor Haram

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya telah memutuskan untuk mengeluarkan fatwa itu lebih awal walaupun Kementerian Kesihatan masih lagi menunggu pandangan pakar-pakar perubatan untuk membuat keputusan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pada minggu lalu menasihatkan pengguna shisha dan e-rokok atau kaedah vape di negara ini agar berhenti daripada gaya hidup tabiat tersebut buat sementara waktu.

Ia bertujuan bagi mengenal pasti sebarang penemuan saintifik terbaharu mengenai risiko bakal dialami perokok terbabit yang bakal diumumkan pihak kementerian tersebut dalam masa dua bulan lagi.

Beliau berkata kementeriannya sedang berbincang dengan pelbagai pihak berkaitan untuk mendapatkan pandangan mengenai kesan kaedah moden ini terhadap kesihatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: fatwaRokokShishavape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd