• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Mencari Serpihan MH370 Di Pulau Reunion Dihentikan

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam (Isnin).

Menurut Reuters, polis dan pasukan tentera di Pulau Reunion di Lautan Hindi itu menghentikan operasi selepas gagal memperoleh penemuan baharu.

“Pencarian sepuluh hari melibatkan sebuah pesawat tentara, dua buah helikopter dan sebuah bot laju polis tidak menjumpai sebarang serpihan lagi. Objek yang dihanyutkan termasuk botol air telahpun diserahkan kepada pasukan penyiasat sama ada ia boleh dikaitkan dengan kapal terbang itu,” menurut polis yang dipetik laporan berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Reuters, pasukan itu akan terus bersiap siaga terhadap kemungkinan memperoleh penemuan baharu.

Pada 6 Ogos, pakar antarabangsa mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau French Reunion bulan lepas adalah daripada Penerbangan MH370 – menyokong kesimpulan sebelum ini bahawa pesawat Malaysia Airlines itu terhempas di Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Pada 12 pula, Pusat Penyelaras Agensi Bersama Australia (JACC) mengesahkan bahawa bahagian daripada sayap pesawat itu adalah daripada MH370 yang belum dijumpai.

Pesawat MH370 hilang semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 239 penumpang dan kru. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=vi8Tlz2f3ic

Tags: Lautan HindiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd