• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakyat Malaysia Antara 16 Terkorban Letupan Bom

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Dua rakyat Malaysia antara 16 orang yang terbunuh dalam letupan bom di bahagian tengah Bangkok malam ini, yang turut menyebabkan berpuluh-puluh orang lagi cedera.

Kematian dua rakyat Malaysia itu disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di ibu negara Thailand ini.

Letupan pada kira-kira 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok.

Ia turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal.

04887353~1-(Read-Only)
Letupan kira-kira 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan, Bangkok.

Selain itu, laporan menyatakan beberapa penjaja jalanan dipercayai antara mangsa letupan itu.

Ketua Polis Thailand Jeneral Somyot Poompanmouag berkata kemungkinan warga China dan Filipina adalah antara 16 orang yang terkorban akibat letupan bom itu.

Sumber polis lain pula berkata mangsa mungkin termasuk pelancong dari Jepun dan Hong Kong.

Somyot kemudian mempengerusikan satu mesyuarat di ibu pejabat polis selepas melawat kawasan letupan itu.

Sebelum ini, beliau berkata letupan itu disebabkan oleh bom TNT.

Laporan yang belum disahkan daripada sumber polis menyatakan mungkin ada dua lagi bom yang tidak meletup, yang membayangkan bahawa pihak yang bertanggungjawab mahu mencetuskan kemusnahan besar.

Sehingga 9.30 malam waktu tempatan, seramai 82 orang disahkan cedera, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan (EMS) Pentadbiran Metropolitan Bangkok.

Ia memperoleh angka itu dari 15 buah hospital di sekitar Bangkok.

04887485-(Read-Only)
Seramai 82 orang disahkan cedera, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan (EMS) Pentadbiran Metropolitan Bangkok.

Bagaimanapun, ia tidak dapat mengesahkan jumlah mereka yang terbunuh.

Persimpangan Ratchaprasong di bahagian tengah Bangkok menjadi lokasi protes jalanan oleh kumpulan Baju Merah pada 2010 dan PDRC (Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat) diketuai Suthep Thuaksuban pada 2014, yang akhirnya mencetuskan rampasan kuasa tentera dan penggulingan bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra.

Walaupun pengeboman berlaku tidak jauh dari Stesen Chitlom yang menyediakan perkhidmatan Keretapi Bangkok yang dikenali sebagai ‘skytrain’, namun perkhidmatan itu masih diteruskan.

Timbalan jurucakap kerajaan Mejar Jeneral Weerachon Sukhonthapatipak berkata Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha telah pun dimaklumkan mengenai letupan bom itu dan mengarahkan Pasukan Pemusnah Bom dikerah ke kawasan itu.

Beliau berkata setakat ini, tiada rancangan untuk menutup sekolah-sekolah dan bank-bank yang terletak berhampiran kawasan itu. – BERNAMA

https://youtu.be/2q4MHB49lLQ

Tags: letupan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd