• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Sabotaj BN, Azalina Cadang Ahli Parlimen Buat Deklarasi Setia

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN khabar angin mengenai komplot Ahli Parlimen Barisan Nasional bersama pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan agar kesemua mereka membuat deklarasi kesetiaan kepada parti.

Memandang serius dakwaan tersebut, Azalina turut mencadangkan agar kerajaan menggubal Undang-Undang Anti Lompat Parti (Anti-Hoping Laws) kerana ia bukan sahaja melibatkan soal kesetiaan tetapi juga pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan rakyat.

BACA: 20 MP BN Difitnah Bakal Sertai Pembangkang Guling Najib

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, Jawatankuasa Disiplin Parti-Parti BN perlu segera menyiasat isu berkenaan secara terperinci dan tindakan tegas perlu diambil jika benar wujud pengkhianatan terhadap parti sendiri.

Memetik laporan Agenda Daily, Azalina telah mengeluarkan satu kenyataan melalui siaran media berkenaan isu tersebut.

1. Saya merujuk isu komplot pihak tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada yang termasuk daripada parti UMNO. Saya melihat perkara ini dengan serius.

2. Justeru itu, saya berharap Jawatankuasa Disiplin parti-parti BN akan menyiasat perkara ini secara terperinci dengan kadar segara. Sekiranya benar dakwaan tersebut maka tindakan keras mesti diambil kerana kita tidak boleh berkompromi dalam soal sabotaj dan derhaka yang juga bertentangan dengan prinsip demokrasi negara.

3. Pada masa yang sama, dengan berbangkitnya isu-isu sebegini, maka saya juga berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menggubal Undang-Undang Anti Lompat Parti (Anti-Hoping Laws) kerana perkara ini bukan hanya soal kesetiaan kepada parti dan integriti dalam politik tetapi adalah soal pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang kita tidak boleh bertolak ansur sama sekali. Ini termasuk melakukan pindaan tertentu kepada kebebasan berpersatuan yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan supaya tiada percanggahan dengan undang-undang baharu ini nanti.

4. Saya juga ingin menyarankan dalam masa yang terdekat ini, semua Ahli-Ahli Parlimen BN boleh membuat deklarasi terbuka menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti untuk meletakkan tanda noktah terhadap semua spekulasi dan masalah berbangkit ini.

Dalam perkembangan terkini, rata-rata Ahli Parlimen yang dituduh berkomplot, menafikan dakwaan tersebut serta turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MYNEWSHUB.CC

 Azalina Othman Said Berduet Dengan Joe Flizzow

https://www.youtube.com/watch?v=Ml65Z1Q1Zcg

Tags: Ahli ParlimenMenteripembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

Cadangan Tangani Rumah Sembelihan Tiada Sijil Halal Sedang Diusahakan – Menteri

Cadangan Tangani Rumah Sembelihan Tiada Sijil Halal Sedang Diusahakan – Menteri

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa cadangan dan saranan sedang diusahakan bagi menangani isu pengusaha rumah sembelihan yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd