• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas ‘Africam Scam’ Guna Gambar Lelaki Kacak Perdaya Wanita

oleh Ahmad Albab
17/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penipuan licik ‘Awang Hitam’ memperdaya wanita tempatan menerusi ‘Cinta Alam Maya’ terbongkar apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman menumpaskan sindiket membabitkan kerugian bernilai RM25 juta dengan penahanan 29 warga Afrika dalam serbuan berasingan di seluruh negara.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Wira Hamza Taib berkata turut ditahan ialah empat orang wanita warga tempatan, seorang wanita warga Indonesia dan seorang warga Thailand yang dipercayai bersubahat dalam sindiket “African Scam’ itu yang mula dikesan awal tahun ini.

“Suspek menggunakan akaun bank milik wanita tempatan bagi menipu mangsa … malah ketika serbuan polis mendapati terdapat wanita tempatan tinggal serumah dengan suspek dan melahirkan anak luar nikah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata dengan penahanan semua suspek yang berumur dalam lingkungan 30-an itu, polis percaya dapat menyelesaikan sebanyak 29 kes daripada 761 kes yang dilaporkan dan menyelamatkan wang tunai sebanyak RM150,000.

Katanya polis turut merampas 50 keping kad ATM bank tempatan, 70 buah telefon bimbit, 16 buah komputer riba dan pelbagai dokumen yang digunakan dalam penipuan itu.

“Modus operandi yang diguna adalah suspek menyamar sebagai lelaki Eropah dan meyakini mangsa bahawa mereka bersedia untuk berkahwin.

“Suspek kemudiannya berpura-pura bahawa mereka akan menghantar hadiah berupa barang berharga seperti jongkong emas, wang dan sebagainya menerusi perkhidmatan kurier dan seterusnya meminta mangsa agar membayar pelbagai jenis cukai sehingga mangsa tertipu,” katanya.

Hamzah berkata kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita yang kesunyian, janda dan golongan profesional.

Katanya kerana terpedaya dengan janji manis suspek, ada mangsa yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah ditipu walaupun diberitahu oleh pihak polis.

“Saya ingin menasihati rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati dalam menjalani hubungan menerusi internet agar tidak terpedaya dengan ‘Cinta Alam Maya’ yang mengeksploitasi mangsa dengan menguna gambar-gambar lelaki kacak dan putih,” katanya.

Beliau berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan maksimum 10 tahun atau dengan sebatan atau denda atau ketiga-tiganya.

Katanya kes itu juga disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan peraturan-peraturan 1663 dan Akta Pasport (Akta 150). – BERNAMA

Tags: kes tipupolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd