• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasih Sayang Ibu Berkekalan Walaupun Berlainan Agama

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEDAR tak sedar, Aidilfitri sudah semakin tiba ke penghujungnya dan suasana perayaan masih dapat dirasakan sehingga ke hari ini.

Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja disambut meriah oleh seluruh umat Islam di negara ini, malah ia merupakan medan penyatuan pelbagai bangsa yang turut sama meraikannya tanpa mengira perbezaan kaum dan fahaman.

Sebagai contoh terbaik mengenai perpaduan dan nilai keharmonian masyarakat, kami tertarik kepada gambar yang dikongsikan oleh saudara Ihsan Sivan Abdullah di halaman Facebooknya baru-baru ini.

Ihsan yang juga merupakan seorang India-Muslim yang baru memeluk Islam telah berkongsikan satu gambar menarik mengenai ‘kemeriahan’ keluarganya.

Gambar tersebut memperlihatkan beliau, isterinya yang juga Melayu, dua anaknya yang kesemuanya berpakaian tradisional Melayu serta bersama bonda tersayang yang dipercayai bukan beragama Islam, memakai Sari.

terbaik
Sumber gambar: Facebook Ihsan Sivan Abdullah

Dalam pautan yang dikongsikan beliau, Ihsan turut berkongsi kesukaran yang dihadapinya selepas memeluk Islam dan bagaimana ibunya teguh berdiri di sisinya bagi mempertahankan keputusannya itu.

“Saya sentiasa doakan beliau (ibu) dapat hidayah, bulan puasa beliau datang rumah dan bantu jaga anak disebabkan wife berniaga bazar ramadan, ini lah kasih sayang seorang ibu tanpa sempadan agama,” ujar Ihsan kepada pertanyaan seorang sahabat mengenai ibunya.

Benarlah kata orang, kasih ibu itu sepanjang hayat. Walaupun ibunya berlainan agama, ibunya tetap menyokong dan menghormati keputusannya yang ingin memeluk agama Islam.

Seorang pengguna Facebook, berkata: “Berbilion hormat kepada kamu. Ibu adalah segalanya di dunia ini,” kata Muhammad Syahir.

Manakala rata-rata netizen turut memberikan semangat disamping meluahkan rasa bangga dengan kemesraan dan kasih sayang keluarga Ihsan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Tags: 1MalaysiaAidilfitriIndiaMuslim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd